Ahad, 21 Disember 2008

Dilema seorang sahabat

Cintha monyet...itu lah yang boleh aku describe kan pasal title post kali nie...bagaimana dilema diantara sahabat ini boleh berlaku??hehehehe well post kali ini aku ingin kongsi sedikit kisah zaman persekolahan aku...

aku masih ingat lagi sewaktu memasuki alam sekolah menegah nie...penuh dengan cabaran...kenapa aku cakap macam tue??yew lah time nie kita semakin meningkat dewasa or remaja lah...perasaan kasih dan sayang tue pun turut sama menbesar dan mengembang selari dengan usia kita...

seingat aku seawal usia aku 12 tahun ketika itu(belum pun mencecah usia 13 tahun) sudah ada insan yang bernama lelaki memberanikan diri untuk menjadi kekasih hati aku...hahahaha kelakar nya!!!time tu aku nie sangat lah nakal dan berperangai seperti lelaki(tomboy)budak lelaki nie satu pasukan sukan dengan aku untuk mewakili sekolah ke kejohanan sukan tahunan peringkat daerah. Pelawaan nya untuk jadik kekasih nie aku tolak mentah-mentah aku cakap lah aku nie budak lagi....dan mamat nie pun kecewa lah......

Itu salah satu kisah aku di awal zaman persekolahan aku...namun peristiwa yang tidak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila sewaktu di tingkatan 4 dan 5.lumrah sebagai seorang pelajar untuk mempunyai sahabat yang tergolong di antar dua kaum adam dan hawa.tapi berbeza dengan aku kesemua sahabat aku ini adalah dari golongan adam sahaja...ada pun seorang jew kawan pompuan...aduhai...yang menjadi dilema nya apa bila kesemua sahabat lelaki aku nie mengaku sudah tangkap cintan dengan aku...ayoooo......lepas seorang,sorang lagi buat confession...gilerrrrr...dan kesemuanya aku tolak...dengan mengatakan aku tidak berminat untuk jatuh cinta dan bercinta saat itu...tidak selagi aku masih di bangku sekolah menengah huhuhuh bagi aku sahabat akan tetap menjadi sahabat sampai bila-bila..sahabat tidak akan bertukar menjadi kekasih,kerana perasaan itu akan jadi lain.

Xpe lah tue kisah lama,kesudahan nya aku memilih seorang jejaka jauh dari tempat asalku.cintha pertama aku...heheheh...macam mana aku kenal dia?well kami belajar di universiti yang sama dan dalam kelas yang sama suatu masa dulu...dan sekarang masih lagi bersama hhehehehe aku pernah menceritakan kisah-kisah persekolahan aku,kisah-kisah jejak yang menyukai aku...namun yang kelakarnya nya dia boleh cakap"i pelik tul arrr cam mn arr mamat2 tue sume bleh suke ngan u,u nie xde arr cantik pun......"cis!!! kureng nye boyfriend aku nie...bleh plak sound awek dia cam tue skali!!! ekeleh...muka tak cantik pun masih jugak dia suka dgn aku kan....hehehehehehehe xpe lah janji aku dan dia sentiasa bahagia dan happy sentiasa

kepada sahabat-sahabat aku,aku ingin memohon maaf di atas kekasaran dan kesilapan aku terhadap korang semua...aku tdak pernah melupakan korang dan menyisihkan diri...masalah nya kita jauh terpisah and korang semua duduk pun bersepah-sepah....aku sayang 'si dia' korang pun sayang ar korang 'punya' jugak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan