Sabtu, 13 Disember 2008

Hebatnya cinta!

wah...perasaan yang kita alami dikala kita dilamun cinta memang 'menakjubkan'(hope spell it right) terasa diri nie mampu terbang heheheheh...

no wonder lah sampai ada yang naik angau kan...bila kita di lamun cinta segala macam benda yang ada di depan or di sekeliling kita seakan-akan hilang or much easier to say invinsible...apa yang kita nampak hanya lah bayangan wajah 'si dia' yang telah berjaya menyelinap masuk kedalam ruangan kamar hati ...osssh dasatnya alam percintaan nie

sometime bila kita dilamun cinta,kita tidak mengira waktu or wang ringgit yang kita habisknan demi cinta...sanggup xmakan dan minum demi 'mentopup' handphone, kadang kala kita menjadi seorang penyimpan atau penabung yang sukses dalam tempoh masa tertentu semata-mata untuk menyimpan fulus bagi tujuan keluar dating huhuhuhu hebat-hebat...

akan tetapi tidak ketinggalan juga terdapat golongan insan-insan yang berfikiran cetek atau tidak mempunyai pegangan hidup yang utuh dan kukuh sehingga sanggup 'bergolak gadai'(again, i hope im using da right words)demi mempertahankan sebuah ikatan kasih sayang..tidak kurang jugak yang sanggup menjadikan nyawa sebagai taruhan...ishhhh teruk tol....bila saat perpisahan terjadi ada yang megalami sindrome patah hati tahap tenuk kecewa sehinggakan tidak memikirkan keadaan diri,menangis tersedu sedan sambil melayan filem hindustan yang teramat jiwang ,melayani kesedihan hati di tinggalkan kekasih pujaan hati parah....parah....perlu dirawat!! malahan terdapat juga penyakit patah hati di tahap yang sangat kronik sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri atau pun membunuh orang lain(lebih tepat membunuh pasangannya dan orang ketiga itu pun kalau dia curang) lagi teruk!!! sedarlah sikit kita menangis,meraung memecahkan anak tekak melayan kesedihan nie pun belum tentu berbaloi...sehingga sanggup membuat perkara yang tak boleh 'pakai'...nyawa pun kau gadai!! kalau setakat cakap lepas di mulut sahaja its ok,maybe untuk menyedapkan hati yang sedang kesedihan dan marah...but more than that,harap-harap di lupakan...

bawak2 lah ber tobat dik oiiii....bunga bukan sekuntum,tak dapat bunga orked,bunga kertas pun jadik lah...kumbang pun bukan seekor,banyak jenis kumbang dan serangga di dunia nie kita cuma perlu pilih yang terbaik sahaja...bercinta lah berpada-pada,jangan bercinta bagai nak rak,akhirnya hati kau yang retak...uhhh sangat sedih dan pedih...

renungkan.............

1 ulasan:

  1. CINTA...begitu besar maknanya.
    jangan meratapi kekecewaan dalam percintaan dengan kekasih hati sehingga separuh mati kerana ada cinta lain yang menanti malah kekal abadi..

    Salam perkenalan berpanjangan..

    BalasPadam